Khamis, 11 Februari 2010

ANALISIS SOALAN STPM

ANALISIS SOALAN STPM
SEJARAH 1 (940/1)


TAMADUN ISLAM
TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT

TAHUN
SOALAN STPM

1998
Terangkan konsep ketuhanan dan keagamaan secara perbandingan antara pandangan Arab Jahiliah dengan pandangan Islam

Huraikan sejarah perkembangan Islam di Madinah dan jelaskan bagaimana Muhammad s.a.w menyatukan pelbagai golongan masyarakat yang berada di kota tersebut.

1999
Bincangkan konsep manusia dan kehidupan masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah.

2000
Tamadun Islam telah mengubah cara hidup masyarakat Jahiliyah dalam berbagai-bagai aspek . Huraikan perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat Jahiliah selepas kelahiran Islam.

2001
Huraikan latar belakang masyarakat kota Mekah dan Kota Madinah (Yathrib) sebelum kedatangan agama Islam.

Perihalkan penentangan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w sewaktu berada di Kota Mekah dan nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh baginda bagi mengatasinya.

2002
Jelaskan struktur dan cirri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah.

2003
Masyarakat yang terdapat pada zaman Khulafau Ar Rasyidin terdiri daripada pelbagai golongan. Huraikan.

2004
Bandingkan cirri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah dengan masyarakat Islam pada zaman nabi Muhammad s.a.w di Madinah.

2005
Jelaskan konsep manusia mengikut pandangan Islam dan Arab Jahiliyah.

Huraikan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w menangani masalah yang ditimbulkan oleh kaum-kaum yang terdapat di Madinah setelah baginda berhijrah ke kota tersebut.
2006
TIADA

2007
Huraikan usaha –usaha yang dijalankan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam menyatukan masyarakat di Madinah.

2008
Bincangkan peranan pelbagai kelompok masyarakat Quraisy dalam bidang ekonomi dan politik pada zaman jahiliyah.

2009
Huraikan perkembangan masyarakat Islam di China sehingga abad ke-15 Masihi.





































TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

TAHUN
SOALAN STPM

1998

Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yang pertam di dunia. Berikan huraian berhubung dengan kandungan dan kepentingan piagam tersebut.

1999
“Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja seorang nabi dan Rasul tetapi juga seorang negarawan .” Bincangkan pernyataan ini.

“Khalifah Harun al Rasyid dan anaknya al Ma’mun adalah antara khalifah kerajaan Abbasiyah yang terkenal dalam bidang pembangunan Negara dan perkembangan ilmu pengetahuan”. Bincangkan pernyataan ini.

2000
Huraikan perkembangan institusi wazir dari zaman Rasullullah s.a.w hingga zaman kerajaan Abbasiyah.

Huraikan system pemerintahan Negara Islam Madinah pada zaman nabi Muhammad s.a.w .

2001
Terangkan tindakan kerajaan Bani Umayyah terhadap golongan Syiah dan Khawarij.

2002
Sahifah Madinah dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang pertama pada Zaman Islam. Huraikan perkara-perkara yang terdapat dalam Sahifah tersebut.

2003
Huraikan konsep Khalifah dan kaitannya dengan proses perlantikan Abu Bakar Al Siddik sebagai khalifah yang pertama.

Bandingkan dasar pemerintahan Khulafau Ar Rasyidin dengan pemerintahan Bani Umayyah.

2004
Huraikan peranan sultan Iskan Muda Mahkota Alam dalam meningkatkan perkembangan Islam di Nusantara.

2005
Jelaskan peranan keluarga Barmakid dalam pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah.

Bandingkan system pemerintahan antara Negara Rom pada zaman Augustus dengan Madinah pada zaman nabi Muhammad s.a.w

2006
Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w kearah pembentukan Negara Islam di Madinah.

Huraikan cirri-ciri utama system pentadbiran kerajaan bani Abbasiyah dari zaman pemerintahan Abu Abbas al- Saffah hingga zaman pemerintahan Khalifah Harun al Rashid.

2007
Bincangkan konsep pemilihan khalifah pada zaman pemerintahan Khalifah al Rasyidin.

2008
Huraikan prinsip syura, keadilan dan persamaan hak dalam pemerintahan Islam di Madinah.

Bandingkan peranan antara ketua kerajaan dalam empayar kesultanan Melayu Melaka dengan pemerintahan pada zaman Khulafau ar Rasyidin.

2009
Bandingkan system politik dan kemasyarakatan antara zaman jahiliyah di Mekah dengan zaman Nabi Muhammad s.a.w di Madinah.,

Sejauhmanakah unsur-unsur Islam mempengaruhi Hukum Kanun Melaka pada zaman kesultanan Melayu Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan